Wednesday, December 7, 2011

BlackBerry, GTAB and Philips


Rasanya, semua orang ada gajet kegemaran masing-masing. Kadang-kadang, rasa juga dah macam tak boleh tinggalkan. Rase macam "lost" kalau takde gajet ni kat tangan. Maklum la, zaman I.T kan...? Setakat ni, gajet kegemaran aku yang paling syiokk aku guna ialah GTAB. Dengan GTAB ni la aku dapat explore macam-macam benda. University of GOOGLE kan?? hahakk.. I LOVE SAMSUNG ( Walaupon ia jenama mesin basuh..hihi )

Gajet 1st yang aku ada ialah BlackBerry Curve. Fuhh... abis hati la mase dapat memula dulu. Sedar tak sedar, dah 2 tahun guna BlackBerry ni. Ada jugak niat nak tukar kepada Bold...tapi, bila dapat GTAB, terus tak jadi sbb BlackBerry curve ni berfungsi tak lebih dari handphone aje. Jadi, aku padamkan aje la niat nak ambik Bold tu. Cuma, sekarang ni, bateri Blackberry ni dah cepat "HAUS". Tak sampai satu hari... Takpe la, aku akan guna aje BB curve ni sampai dia kondem. Hihi...

Selain tu, gejet lain yang aku sayang sangatttt ialah kemera Nikon D90 itu. Tapi tak dapek la nak masuk kan dalam ni... Nanti la, kalo ada masa boleh la buat 1 entry khas untuk kamera ni. Emm, gajet yang lain ... headphone Philips. Ni baru aje dapat... Tak tau la kenape... start zaman di menara gading gajah dulu, memang minat bunyi headphone cap Philips ni. Mungkin sebab bunyi padat. Bass boleh dengar seketoi-seketoi.

Untuk tahun 2011, rasanya puas hati la dengan gajet-gajet yang berjaya di miliki. 2012 nanti tak tau la gajet ape pulak yang akan dapat. Tapi wish list dah ada..... hahahahaha. InsyaAllah, ada rezeki kaloo merasa la jugak. Time will tell .... Oraitt, walau ape pon gajet kegemaran masing-masing, gunakan sebaik mungkin...and please ... Jangan bagi jatuh dan rendam dalam air yerk... kui kui B)


2 comments: